Thursday, March 05, 2020

Swinger

Basic Rules for Swing Traders

But first–the rules! Because of the short-term nature of this technique, swing traders must adhere to some very basic rules, including:

If the trade moves in your favor, carry it overnight–the odds favor follow-through. Expect to exit the next day around the objective point. An overnight gap presents an excellent opportunity to take profits. Concentrating on only one entry or one exit per day relieves the pressure.

If your entry is correct, the market should move favorably almost immediately. It may come back to test and/or exceed your entry point a little, but that’s OK.

Do not carry a losing position overnight. Exit and play for better position the next day.

A strong close indicates a strong opening the following day.
If the market doesn’t perform as expected, exit on the first reaction.

If the market offers you a windfall of big profits, take them to the bank on the close.

If you are long and the market closes flat, indicating a lower opening the following day, scratch or exit the trade. Play for better position the next day.

It is always OK to scratch a trade!

Use tight stops when swing trading (wider stops when trading trend).

The goal always is to minimize risk and create “Freebies.”

When in doubt–get out! You have lost your road map and your game plan!

Place your orders at the market.

When the trade isn’t working, exit on the first reaction.

ANTICIPATE!

By Lindaraschke

Friday, February 28, 2020

Engulfing

x ni, jangan biasa gunakan istilah “valid”. Tak ada apa yang “valid” melainkan bila market dah jalan.

 Timeframe besar tak menentukan pun samada engulfing tu boleh menahan harga atau tak. However, kita boleh katakan yang timeframe kecil biasanya mengikut arah timeframe besar. Keadaan ni terjadi di USDCAD baru ni. Kita boleh nampak bagaimana USDCAD dengan selambanya break Daily Engulfing tu. (Rujuk G2 di comment)

Jadi, saya nak share berdasarkan pengalaman saya dalam 6 RAHSIA DALAM MENCARI ENGULFING YANG KURANG RISIKONYA untuk kita masuk position. Perlu faham yang saya menggunakan istilah KURANG RISIKO, bermakna potensi untuk fail tu tetap ada. Cumanya, risikonya rendah.

================================
Ok jom kita kenal 6 RAHSIA beliau yang memungkinkan kita memperoleh winning trade yang tinggi.

1. ENGULFING TU MESTILAH DALAM KEADAAN HIGH QUALITY SAHAJA
Bila saya tengok chart, saya akan abaikan sahaja engulfing yang low quality. Macam mana nak kenal engulfing yang low quality? Rujuk G3 di comment.
Bagi saya, saya hanya mencari engulfing yang mana cs yang belah kanan engulf menggunakan body, bukan hanya engulf dengan shadow semata-mata. Body itu melambangkan kekuatan pada volume cs itu.
Orang kata, bila nak buat sesuatu tu, buat dengan sepenuh perasaan. Begitu juga dengan candlesticks. Kalau nak engulf, engulf betul-betul. Jadi penting untuk kita hanya tengok engulfing yang engulf dengan body sahaja.

2. ENGULFING YANG TERBENTUK TU PERLU BERADA SAMADA DI BAHAGIAN ATAS MARKET (UNTUK BEARISH ENGULF) DAN DI BAHAGIAN BAWAH MARKET (UNTUK BULLISH ENGULF). Kalau kata engulfing tu terbentuk di tengah-tengah perjalanan market, biasanya saya akan abaikan.
Contoh dia gini. Assuming market keep on climbing and climbing di timeframe Daily. Cara saya, bila saya nampak pergerakan gitu, saya tak akan buy dah. Saya hanya akan tunggu peluang sell.
Dan saya akan masuk sell bila terbentuknya Bearish Engulfing sewaktu market dengan ghairahnya sibuk membuat kenaikan.
Dan ada juga keadaan yang mana market terus naik dan naik, dan sedang dalam kenaikan tu tiba-tiba bullish engulfing terbentuk di atas tu. Biasanya saya akan abaikan sahaja keadaan tu.
Saya tak akan trade bullish engulfing yang terbentuk dikala market dah rally up way to high. Walaupun sejam dua lepas tu market betul-betul sambung menaik, saya tak kisah sebab risk dia is too big untuk saya tanggung.
Jangan terkejut kalau bullish engulfing yang terjadi lepas price dah naik tinggi tu boleh aje dipatahkan senang-senang dengan kehadiran bearish engulfing. (Rujuk G4 di comment)
Persoalan paling utama di sini, macam mana kita nak tahu kenaikan tu bakal berakhir? Sebab ada je kala yang market naik dan terus naik, tiba-tiba jadi bearish engulfing. Bila kita sell, market akan terus menaik. Selamba je dia langgar bearish engulfing tu dan sambung buat kenaikan.
Ada banyak cara untuk nak kenalpasti bila BETUL-BETUL nak berakhir kenaikan tu. Antaranya kita boleh gunakan wave counting, atau pun Fibo ataupun yang paling saya suka, ialah tengok PAST PRICE. Jadi, ini membawa kita kepada point nombor 3.

3. ENGULFING TU TERJADI “DALAM ZONE” ENGULFING DI TIMEFRAME BESAR. Katalah kita nampak di Daily ada bearish engulfing. Kita pun mark engulfing tu.
Bila market sampai ke zone kita mark tu, terjadinya satu lagi bearish engulfing di dalam zone yang kita dah mark tu yang hanya boleh dilihat di timeframe lebih kecil iaitu H1/H4, maka confluency dah terbentuk di situ.
Kita boleh jadikan engulfing yang terbentuk itu sebagai point of entry kita memandangkan price sudah ada dalam selling zone di timeframe besar. (Rujuk G5 di comment)
**However, saya bukan tunggu engulfing sahaja bila price dah masuk ke dalam zone engulfing besar. Ada beberapa kaedah lagi yang saya gunakan untuk buat keputusan.

4. TERJADINYA BEBERAPA ENGULFING DALAM SATU KEADAAN RANGING. Ini biasa kita lihat bila market tu dah naik tinggi / turun banyak. Kita ambil contoh bearish engulf.
Mulanya kita nampak 1 bearish engulf terbentuk. Kemudian market turun sikit dan naik semula. Terjadi lagi bearish engulf ke dua. Market turun sikit kemudian naik balik. Terjadi lagi bearish engulf ke 3.
Itu maksudnya market bagi hint yang seller dah menguasai. Jangan lagi gatal nak masuk buy, hanya tunggu market drop sahaja.(Rujuk G6 di comment)

5. ENGULFING TU TERJADI DI DALAM PATTERN YANG KITA DAH MARK. Sebagai contoh, kita nampak potential setup of Head and Shoulder. Sewaktu price dah nak sampai di future right shoulder, dan di zone tu terbentuknya Bearish Engulfing, maka di situ lah entry kita dengan risiko yang rendah.
Selagi tak ada bearish engulfing (atau formation yang menunjukkan selling signal), saya tak akan masuk sell lagi. (Rujuk G7 di comment)

6. ELAKKAN ENGULFING YANG TERJADI "SEPANJANG PERJALANAN". Macam saya cakap, engulfing ni kerap terjadi. Dan bila kita tengok past price, kita akan perasan belah kiri chart banyak engulfing terjadi. Elakkan engulfing murahan yang macamtu. (Rujuk G8 di comment)
Part ni dia agak tricky untuk nak explain. Tapi nak senang cerita, kaitkan point no. 6 ni dengan point no. 2 untuk dapat kefahaman, iaitu lokasi terjadinya engulfing itu perlu ambil kira.
So inilah dia 6 rahsia yang saya selalu ambil kira apabila trade menggunakan kaedah Engulfing. Kenapa saya gunakan istilah “kaedah”?
Kerana ianya melibatkan beberapa kaedah lain untuk kita buat decision making supaya semua decision making kita tu terjadi bila adanya CONFLUENCY.
Jadi sekarang nampak tak kaedah sebenar dalam trading? Yes, CONFLUENCY.
Kita perlukan confluency dalam trading. Kumpul seberapa banyak sebab untuk nak sell/buy.
Lebih kurang gini lah,
Pada satu petang Ahad, wife kita ajak pergi Mr DIY. Katanya nak beli jam dinding. Kita mula fikir, hari Ahad waktu nak tidur ni lah dia ajak pergi. Memang berat lah badan nak melangkah. Semata-mata nak pergi beli jam pulak tu.
“Ape dekat telefon kau ni dah takde jam ke??”, getus kita dalam hati tanpa berani bersuara ðŸ˜‚
Tapi bila fikir balik, “Haa alang-alang nak pergi Mr DIY ni, boleh aku beli perfume kereta, powerbank, hammer baru, mentol untuk lampu tandas, colour pencil untuk anak aku, roller baju.”
Banyaknya amount barang yang kita nak beli tu membuatkan keputusan kita berubah. Daripada rasa malas, terus rasa rajin nak pergi.
Tambah pulak barang dekat Mr DIY tu murah-murah. Lagi lah kita excited nak pergi.
Macam tu juga dengan chart. Bila kita nampak Bullish Engulfing tu terbentuk di zone yang kita dah mark seperti yang disenaraikan di atas tu, kita sebenarnya dah berjumpa dengan PRICE YANG MURAH atau istilah lain, PRICE YANG DAH HABIS DISCOUNT untuk kita entry.
Maka, kita akan entry dengan perasaan yang berbunga sebab kita dah berjaya FILTER engulfing mana yang nampak meyakinkan untuk kita masuk position.
Begitulah. Ke macam tak kena dengan cerita Mr DIY tu? ðŸ¤”
So lepas ni, apa nak kena buat bila nampak ENGULFING? Mark dulu seperti yang saya share di atas. Kemudian TUNGGU untuk price sampai balik ke dalam zone yang kita mark tu.
Lepas tu nak terus entry ke? Jangan.
Cara saya, tunggu lagi di timeframe kecil untuk menguatkan lagi analisa. Sebagai contoh, kalau nampak Engulfing di Daily, tunggu di H1 engulfing yang baru terbentuk. Kalau mark dari Weekly, tunggu engulfing di H4.
Tapi, jangan set kan terus dalam kepala yang timeframe Daily wajib dengan H1 atau sebagainya. Pasangan dia boleh jadi di mana-mana timeframe, asalkan bukan M1 dan M5. Saya selalu elakkan kedua-dua timeframe kecik ni.
Engulfing mengajar kita erti sabar. Sabar untuk tunggu price masuk ke dalam zon yang ditanda, dan sabar menunggu engulfing baru di timeframe yang lebih kecil terbentuk.
Bersabarlah wahai Sabariah sekalian.

================================
So, lepas ni jangan tibai semua engulfing. Sebaiknya filter dulu based on 6 code rahsia yang saya listkan di atas.
Walaubagaimanapun, perlu saya ingatkan yang lepas dah tahu 6 code ni, bukanlah bermakna esok trade terus boleh kaya. Ilmu Forex ini luas. Ini hanya 5-10% sahaja daripada ilmu The Third Eye.
Tapi, kalau yang 5-10% ni pun kita boleh kuasai, dah cukup untuk membolehkan kita trade sambil tersenyum. Yang penting, lepas ni kita boleh biarkan bucu katil kita mereput dah ðŸ˜‚
#SHARE dengan rakan-rakan supaya ramai dapat manfaat daripada post ini. Semoga post ini sedikit sebanyak mengubah trading style ramai lagi trader lepas ni.
❣️
FlahaaFX